black and brown leather padded tub sofa

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway

SEKOLAH AMANAH MALAYSIA

#BSSehati, #BSde'juara

★★★★★

Kata Aluan Guru Besar SKBS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam #BSSehati, #BSde'juara.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi KPM iaitu "Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera".

Di sebalik dunia yang semakin mencabar ini, SK Bandar Sunway telah membuktikan keteguhan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Pencapaian ini bukan datang dengan mudah, tetapi hasil kerja keras, dedikasi dan komitmen tinggi seluruh warga sekolah yang sentiasa menjunjung tinggi motto kita "#BSSehati, #BSde'juara".

Aspirasi saya untuk SK Bandar Sunway bukan sekadar untuk cemerlang dalam akademik, tetapi untuk melahirkan generasi yang seimbang dari sudut rohani, intelek, emosi dan jasmani. Inilah maksud "#BSde'juara" – bukan hanya juara dalam pertandingan, tetapi juara dalam membentuk modal insan yang berkualiti untuk masa depan negara.

Marilah kita terus memperkukuh jalinan kerjasama dan mempertingkat mutu pendidikan di sekolah kita. Saya yakin dengan semangat "#BSSehati", kita dapat melahirkan lebih ramai "#BSde'juara" yang akan mengharumkan nama sekolah, daerah dan negara.

EN AZAHARI BIN MAT JUSOH
Guru Besar
SK Bandar Sunway

EN. AZAHARI BIN MAT JUSOH

Laman Rasmi Sekolah

Kami menyediakan maklumat lengkap tentang sekolah, guru, dan pencapaian murid untuk semua.

Maklumat Sekolah

Akses kepada maklumat pentadbir dan barisan guru-guru yang berpengalaman.

Pencapaian Murid

Ketahui pencapaian murid kami dalam pelbagai bidang akademik dan kokurikulum.

Lihat galeri aktiviti sekolah dan acara yang telah berlangsung sepanjang tahun.

Galeri Aktiviti