HARI KEUSAHAWANAN SEHATI


Pada 22 November 2025, Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway telah berjaya menganjurkan Hari Keusahawanan SK Bandar Sunway 2025 dengan sambutan yang amat meriah dan menggalakkan. Program ini mencatat sejarah tersendiri apabila dianjurkan buat julung kalinya selepas sepuluh tahun, sekali gus mendapat sambutan luar biasa daripada seluruh warga sekolah.
Penganjuran program ini melibatkan kerjasama erat barisan pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan serta penglibatan aktif murid-murid. Pelbagai booth jualan makanan telah dibuka selain aktiviti sampingan yang menarik seperti rumah hantu, permainan, senamrobik, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti lain yang berjaya menceriakan suasana sekolah sepanjang program berlangsung.
Hari Keusahawanan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid tentang asas keusahawanan, pengurusan kewangan, kemahiran komunikasi serta nilai kerja berpasukan. Melalui aktiviti jual beli dan penglibatan dalam pengurusan gerai, murid-murid berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi sebenar.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya ibu bapa yang memberikan sokongan padu serta penglibatan aktif dalam memeriahkan Hari Keusahawanan SK Bandar Sunway 2025.
Diharapkan kejayaan penganjuran program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Jumpa lagi pada Hari Keusahawanan SK Bandar Sunway 2026!
