Terima Kasih MILO!
15 Januari 2025. Pada pagi yang ceria ini, suasana di Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway bertambah meriah dengan kehadiran trak hijau ikonik MILO. Para murid dengan penuh semangat beratur untuk menikmati secawan MILO percuma yang menyegarkan dan penuh khasiat.
Program edaran MILO ini bukan sahaja hanya menggembirakan murid-murid, tetapi juga memberi mereka tenaga untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga. Kami sangat menghargai usaha pihak MILO dalam menyebarkan kesedaran tentang kepentingan sarapan sihat serta manfaat minuman berkhasiat untuk kanak-kanak.
Terima kasih MILO kerana sudi singgah di sekolah kami! Sokongan ini amat bermakna buat murid-murid yang pastinya teruja dengan pengalaman ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat lebih ramai pelajar.